Search This Blog

Friday, November 18, 2011

Berubat dengan Gajus


NAMA LAIN : Jambu Monyet , Cashew (Inggeris)

NAMA BOTANI : Anacardium occidentale L.

NAMA SINONIM : -

KELUARGA : Anacardiaceae


TABURAN

Berasal dari Brazil. Kini boleh didapati di negara beriklim tropika dengan ketinggian 1-1,200 m dari aras laut. Sesuai di kawasan kering dengan jumlah hujan kurang dari 500 mm setahun. Dapat hidup di semua jenis tanah kecuali tanah liat yang menakung air. Ditanam di kebun, di perkarangan rumah dan di kawasan landskap.


KETERANGAN TANAMAN

Pokok sederhana besar setinggi 8-12 m, pertumbuhan cepat, tahan lasak dan tidak memerlukan penyelenggaraan tinggi. Batang bercabang banyak, melengkung, berkayu, bergetah. Kulit kayu berbau lemah, rasanya kelat dan lama-kelamaan menimbulkan rasa tebal di lidah, digunakan sebagai bahan penyamak dan digunakan dalam industri batik. Daun tunggal bersaiz besar, bertangkai. Helaian daun berbentuk bujur dengan pangkal runcing dan hujung membulat, tepi rata, urat daun selirat, bewarna hijau, berbau wangi, rasanya kelat, panjang 4-22.5 cm, lebar 2.5-15 cm. Bunga terdiri dari jantan dan betina tersusun dalam jambak bunga keluar dari hujung dahan dan ketiak daun. Buah keras bewarna hijau ketika muda dan bertukar cokelat apabila matang. Buah muda dimakan mentah. Buah masak, dimakan segar atau dibuat jus. Biji panjang melengkung bewarna cokelat tua, dimakan selepas digoreng. Pembiakan dari biji benih dan tut.


KANDUNGAN KIMIA

Kulit kayu - Mengandungi tanin yang banyak.

Daun - Mengandungi tanin-galat, flavonol.

Buah - Mengandungi protein, lemak, vitamin (A, B dan C), kalsium, besi dan sulfur.

Biji - Mengandungi minyak dan protein.


KHASIAT UBATAN

Kulit kayu - Sebagai pelawas, meningkatkan aktiviti enzim pencernaan.

Daun - Sebagai antiradang, menurunkan kadar glukosa darah.

Biji - Melembutkan kulit.


PENYAKIT YANG DIUBATI

Kulit kayu – Mengubati sering buang air kecil, kencing manis, sembelit, pecah mulut, jerawat.

Biji - mengubati radang mulut rahim, sakit gigi, radang gusi, gigitan ular berbisa, berat badan berkurang.

Minyak Bji – Mengubati ruam kulit, luka, keracunan makanan.

Kulit Biji – Mengubati kanser kulit, membersihkan karang gigi.

Daun Muda – Mengubati tekanan darah tinggi, kencing manis, malaria, reumantik, pecah mulut, ruam kulit.


CARA PENGGUNAAN UMUM

· Ubat Minum - Kulit kayu direbus lalu airnya diminum.

· Untuk Pemakaian Luar - Kulit kayu ditumbuk lumat, ditempelkan kebahagian tubuh yang sakit. Cara lain, daun segar ditumbuk lumat lalu ditempelkan ke bahagian yang sakit. Untuk mengubati siplis, kutu air, kutil, telapak kaki dan tangan pecah-pecah, rebus kulit biji yang masih segar sampai airnya mengetal. Sapukan ke bahagian yang bermasalah.


CONTOH PENGGUNAAN KHUSUS

- Sembelit - 10g Kulit kayu Gajus dibasuh, direbus di dalam 2 gelas air selama 20 minit. Setelah sejuk, tapis dan minum 1 gelas pada waktu pagi dan 1 gelas pada waktu petang

- Kencing Manis - 15g kulit batang pokok gajus dipotong, dibasuh dan direbus dalam 3 gelas air. Biarkan air tinggal 1 gelas. Biarkan air tinggal sehingga 1 gelas. Minum air rebusan ½ gelas pada waktu pagi dan ½ gelas pada waktu petang.

- Radang Kerongkong – 5 biji buah Gajus dibasuh, diparut, dicampur 4 sudu besar air masak dan 2 sudu besar madu. Kacau rata. perah dan tapis airnya. Gunakan 2 sudu besar air ini untuk berkumur (Langsung ditelan). Lakukan 3 kali sehari.


Catatan penting :

Getah kulit bijinya mengandungi kardol yang beracun. Sekiranya ia digigit, maka mulut akan menjadi panas dan pedih.


No comments:

Post a Comment