Search This Blog

Friday, November 11, 2011

Bunga Raya Karang sebagai ubat dan tanaman hiasan



-->
NAMA LAIN : Kembang Sepatu Songsang (Indonesia), Coral Hibicus (Inggeris), Fringed Hibiscus, Tiau Ten Hua (Cina)
NAMA BOTANI : Hibiscus schizopetalus ’Japanese Latern’ (Mast.) Hook. F.
NAMA SINONIM : -
KELUARGA : Malvaceae

TABURAN
Berasal dari Afrika Timur Tropika. Kini boleh didapati di negara beriklim tropika dan sub tropika. Sesuai tumbuh di kawasan terdedah kepada cahaya matahari serta kawasan yang agak terlindung. Ditanam sebagai tanaman hiasan sama ada tanaman pasuan atau tidak, di perkarangan rumah/bangunan, di pinggiran jalan dan di taman-taman.

KETERANGAN TANAMAN
Renek bersaiz sederhana besar boleh meninggi sehingga 3 meter sekiranya tidak dicantas. Batang berkayu, bulat, bewarna cokelat. Daun tunggal, bertangkai sederhana, tersusun secara berpilin. Helaian daun bersaiz sederhana, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, tepi bergerigi, bewarna hijau. Bunga tunggal, sederhana besar, mempunyai 5 kelopak bewarna merah pucat dengan tepi bercarik-carik berkerawang panjang, benang sari panjang, keluar dari jelah ketiak daun dengan tangkai kecil panjang hingga menyebabkan bunga tergantung ke bawah. Seluruh tanaman berasa manis dan bersifat neutral. Pembiakan dari keratan batang keras. Ditanam sebagai tanaman hiasan lanskap. Tanaman tahan lasak tanpa penyelenggaraan tinggi. Cantasan perlu dilakukan bagi membentuk atau mengeluarkan tunas baru.

KANDUNGAN KIMIA
Bahan kimia yang terkandung dalamnya masih banyak belum diketahui.

KHASIAT UBATAN
Seluruh tanaman - berguna sebagai antiradang.
Daun - berguna mengubati masalah penyakit kulit, sendi dan buah pinggang.

PENYAKIT YANG DIUBATI
Daun - Mengubati bengkak yang bernanah (Abses), bisul, demam, bengkak akibat radang, sakit sendi otot, radang sendi, radang buah pinggang (nephritis), radang kulit, radang kulit bernanah.
Bunga - Mengubati sakit perut,bengkak bernanah,.
CARA PENGGUNAAN UMUM
· Ubat Minum - aun atau bunga direbus lalu diminum airnya.
· Untuk Pemakaian Luar - Daun dan bunga ditumbuk lumat lalu diletakkan pada bahagian yang sakit.

CONTOH PENGGUNAAN KHUSUS
- Bengkak Yang Bernanah (Abses) – 30-60g daun Bunga Raya Karang segar dan 60g Rumput Jelai yang telah direndam 30g seluruh tumbuhan kecuali akar Gelang Pasir segar direbus di dalam 700ml air. Biarkan airnya tinggal sehingga 300ml. Minum airnya semasa masih panas sementara Rumput Jeli boleh dimakan.
- Radang Buah Pingang – 30-60g daun dan bunga Bunga Raya Karang segar, 60g akar Lalang, 60g kulit semangka direbus di dalam 1 L air dan dibiarkan airnya tinggal sehingga 500ml. Setelah sejuk, tapis lalu diminum 250ml pada waktu pagi dan 250ml pada waktu petang. Lakukan sehingga sembuh.
- Bisul – Daun Bunga Raya Karang secukupnya dibasuh, ditumbuk lumat lalu dimasukkan sedikit air sehingga likat. Letakkan ramuan pada bisul lalu dibalut dengan kain.
- Demam -30g daun Bunga Raya Karang segar dibasuh dan direbus dalam 400ml air sehingga mendidih selama 10 minit. Setelah sejuk, tapis lalu diminum pagi dan petang, masing-masing 200ml.
- Menghilangkan Pembengkakan Dan Radang Kulit - 30-60g daun Bunga Raya Karang segar, 60g bunga Seroja, 40g seluruh tumbuhan kecuali akar Hempedu Bumi segar dan 30g seluruh tumbuhan kecuali akar Gelang Pasir dibasuh, direbus di dalam 1 L air. Biarkan air tinggal sehingga 500ml. Setelah sejuk, tapis dan diminum 250ml pada waktu petang dan 250ml pada waktu petang.


CATATAN PENTING
Akar berubi Bunga Raya Karang beracun namun boleh digunakan dalam perubatan jika direbus lama menggunakan api yang kecil.

SUMBER : Tanaman Hiasan Ubatan Di Sekeliling Anda.

No comments:

Post a Comment