Search This Blog

Friday, November 11, 2011

Makna Bunga Mawar


Kata orang disebalik warna ada maknanya. Suka saya kongsikan sedikit tentang warna Ros... moga ada manafaatnya memandangkan ada terapi warna bagi mereka yang memandang...

Ros Hijau
Melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan mendamaikan hati. Warna kehijauan itu adalah sifat alam yang melambangkan kedamaian dan kesetiaan memberi nafas kepada manusia. Dia adalah warna kesegaran.

Ros Merah
Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati seseorang.

Ros Putih
Sifat suci dan keaslian, diam, penuh muslihat, kegembiraan, serta ambil berat kepada seseorang.

Ros Merah Jambu
Merah jambu terang- rasa mengagumi dari jauh, simpati, kelembutan dan kemanisan.
Merah jambu pekat-kepekatan ini membawa maksud ungkapan ‘terima kasih’ tanda penghargaan.

Ros Kuning
Melambangkan kegembiraan, persahabatan yang berkekalan, boleh menjadi wadah kepada permulaan yang baru serta ungkapan selamat kembali.

Ros Oren
Kuning dengan bewarna kemerahan pada hujungnya-persahabatan dan jatuh cinta.
Oren-Keinginan serta kesungguhan..khasnya untuk sesuatu ataupun seseorang.

Ros Lavender
Ros biru atau warna Lavender bagi insan yang ingin melahirkan rasa jatuh cinta kali pertama.

Ros Hitam
Sesuatu yang sukar dapat. Ros hitam sukar didapati kerana tidak semua tempat mempunyai bunga jenis ini. Oleh itu, ia dilambangkan kesukaran untuk menambat hati seseorang...

Oleh itu hadiahkan bunga Ros kepada dia, ibu mu, dengan bunga yang memberi makna yang paling dia suka... kalau dia tengah marah apa kata hadiahkan dia bunga Ros Hitam... :-)

p/s : Kalau sang suami nak beri bunga pada isteri, boleh juga gunakan panduan ini...

No comments:

Post a Comment