Search This Blog
Friday, April 22, 2016
Kegunaan Tumbuhan
Bila kita pandang keliling kita, kita pasti akan melihat ada tumbuhan di sekeliling kita baik yang kita tanam mahupun yang tumbuh sendiri. Ada yang tahu namanya dan ada yang kita tak tahu namanya. Pada masa dahulu, tumbuhan amat dekat dengan manusia bila mereka bukan sahaja tahu nama tumbuhan tersebut namun mereka juga tahu kegunaan tumbuhan tersebut. Malangnya disebabkan kemodenan hidup yang kita lalui maka amalan menggunakan tumbuhan yang ada sekeliling kita semakin terhakis. Kita cuma biasa makan tumbuhan yang biasa kita lihat orang makan, kita biasa tanam tumbuhan yang biasa kita lihat orang tanam dan kita biasa gunakan tumbuhan yang orang biasa gunakan.
Sebenarnya semua tumbuhan yang ada di sekeliling kita ada kegunaannya kerana Allah menjadi setiap makhluknya ada gunanya. Oleh itu setiap bahagian tumbuhan ada gunanya di antaranya sebagai bahan makanan, hiasan, rempah ratus, bauan, ubatan, kraf tangan, peralatan, binaan berat, binaan ringan, perabut, kenderaan, hiasan dan banyak lagi. Andai kita ada ilmu tentang tumbuh-tumbuhan itu maka kita boleh sahaja menggunakan tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling kita baik tumbuhan itu kita tanam mahupun yang tumbuh meliar.
Sebagai contohnya :
Untuk bauan - bunga mawar, bunga melur, buah pala, serai wangi, limau purut, kayu manis, jintan manis, ketumber, daun pandan.
Untuk makanan - Buah-buahan, sayur-sayuran, ulaman.
Perasa - Pandan, durian, limau nipis, asam jawa.
Rempah ratus - Jintan manis, cengkih, ketumber, buah pelaga, kayu manis.
Ubatan - Tongkat Ali, Mahkota Dewa, Kacip Fatimah, Belalai Gajah, Mengkudu.
Ulaman - Pegaga, Ulam Raja, Terung Pipit, Timun, jering, petai, kerdas.
Barang berguna - Rotan, mempalas, palas, kelapa
Alat muzik - Pulai
Racun - Tuba
Peralatan, binaan, perabut, kenderaan - Dari batang pokok-pokok berkayu umpana pokok meranti, merbau, berlian, tembusu.
Bunga keratan - bunga ros, orkid, tulip.
Pokok hiasan - pokok bungaan, palma, cycade.
Penutup Bumi/penghalang hakisan - Rumput.
Pokok ekologikal - Mata pelanduk, gunchak.
Pokok dalam air - banat, teratai, sakura air, tangki, jerangau.
Ini hanya sebahagian contohnya sedangkan banyak lagi kegunaan tumbuhan yang boleh disebut. Jika ada kesempatan insyaAllah saya kongsikan secara lebih terperinci untuk setiap tumbuhan....
Terima Kasih Allah kerana jadikan tumbuh-tumbuhan bagi kegunaan kami...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment